Semua pihak wajib mematuhi peraturan gaji minimum yang telah ditetapkan bagi melindungi kebajikan dan hak pekerja di Malaysia dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyarankan pekerja yang menerima bayaran gaji minimum di bawah RM1,700 agar segera membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
KESUMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua pihak wajib mematuhi peraturan gaji minimum yang telah ditetapkan bagi melindungi kebajikan dan hak pekerja di Malaysia dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggaran Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Merujuk laporan media mengenai dakwaan pemandu bas persiaran hanya menerima gaji pokok RM700 sebulan tanpa elaun tetap, kementerian itu memaklumkan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 yang sedang berkuat kuasa, majikan wajib memastikan pekerja menerima gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan tanpa mengira sama ada melalui struktur gaji pokok atau jumlah pendapatan bulanan.
“Sekiranya majikan menetapkan gaji pokok dalam kontrak perkhidmatan, kadar gaji pokok yang ditetapkan mestilah tidak kurang daripada kadar gaji minimum semasa.
“Sekiranya majikan tidak menetapkan gaji pokok dalam kontrak perkhidmatan, majikan haruslah memastikan kadar gaji bulanan yang perlu dibayar adalah tidak kurang daripada kadar gaji minimum semasa dan tidak termasuk bayaran elaun-elaun lain,” menurut kenyataan itu.
Menurut KESUMA, PGM 2024 juga terpakai kepada pekerja sambilan.
Kenyataan itu menyebut JTK akan mempertingkat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aduan atau kesalahan pemotongan gaji yang melanggar PGM.
Sekiranya aduan pekerja disahkan oleh mahkamah, majikan boleh diarah untuk membayar perbezaan gaji serta elaun yang terjejas selaras dengan Seksyen 44 Akta 732.
Pada 21 Jun lepas, sebuah portal tempatan melaporkan bahawa pemandu bas ekspres dan persiaran hanya menerima gaji pokok serendah RM700 sebulan malah ada yang langsung tidak dibayar gaji asas.
Situasi itu dikatakan telah mengakibatkan mereka terpaksa bergantung kepada elaun perjalanan dan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan hingga sanggup mengorbankan hari cuti serta bekerja hampir setiap hari.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager