Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI LUAR SEPANYOL GESA EU KENAKAN SEKATAN KE ATAS ISRAEL

DUNIA

MENTERI LUAR SEPANYOL GESA EU KENAKAN SEKATAN KE ATAS ISRAEL

Penggantungan perkongsian EU-Israel yang memberikan Israel keistimewaan perdagangan, memerlukan sokongan majoriti yang layak — sekurang-kurangnya 15 negara anggota yang mewakili 65 peratus daripada populasi EU.

Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares. Gambar ARKIB

MADRID: Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengambil tindakan tegas dengan mengenakan sekatan ke atas Israel berhubung serangan ketenteraan yang berterusan di Gaza yang disifatkannya sebagai genosid, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU di Brussels pada Isnin, Albares mengumumkan bahawa beliau akan meminta penggantungan Perjanjian Perkongsian EU-Israel, selain larangan penjualan senjata serta sekatan bersasar terhadap pegawai Israel yang dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran itu.

Penggantungan perkongsian EU-Israel yang memberikan Israel keistimewaan perdagangan, memerlukan sokongan majoriti yang layak — sekurang-kurangnya 15 negara anggota yang mewakili 65 peratus daripada populasi EU.

“Saya akan meminta rakan-rakan saya agar berani mengenakan sekatan ke atas Israel,” kata Albares.

Dengan sokongan penuh Amerika Syarikat, Israel telah melakukan genosid di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Lebih 187,000 penduduk Palestin terbunuh atau cedera, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Lebih 11,000 lagi dilaporkan hilang manakala ratusan ribu telah dipindahkan secara paksa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading