Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT, BASIKAL LANGGAR LORI SAMPAH

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT, BASIKAL LANGGAR LORI SAMPAH

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Aminah Mohd Hafis yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati, lori sampah jenis Mitsubishi yang dipandu lelaki berusia 55 tahun sedang memasuki selekoh untuk mengutip sampah di kawasan berkenaan sebelum mangsa yang dari rumahnya secara tiba-tiba meluru sehingga terlanggar bahagian kanan tayar lori terbabit.

“Pemandu lori itu kemudiannya turun dan mendapati penunggang basikal tersebut berada di bawah tayar belakangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading