SISTEM KUOTA MELAYU, BUMIPUTERA DALAM PENDIDIKAN DIKEKALKAN – ANWAR
SINTOK: Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM), — Bernama
SINTOK: Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau ‘tempang’ jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.
“Beberapa prinsip dalam Perlembagaan negara tentang jaminan, peluang supaya anak-anak Melayu dan Bumiputera itu diberikan tempat yang mampu bersaing, ini kita kekalkan,” katanya semasa menjawab soalan seorang pelajar semasa program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
“Kalau tidak… kita akan lihat kesenjangan berlaku, seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada tahun 1970-an, 1960-an. Fakulti Kejuruteraan – anak Melayu zero, kalau masuk koyak, fakulti perubatan 12 peratus.
“Jadi ada usaha oleh Allahyarham Ungku Aziz (Profesor Diraja) dan kementerian berkaitan pada masa itu untuk membantu anak-anak Melayu supaya boleh bersaing,” katanya semasa bagi menjawab soalan seorang pelajar berkenaan sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara ketika ini.
Perdana Menteri berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.
“Program kuota ini saya setuju kekalkan, tetapi kita kena cari jalur lain untuk memberi ruang kepada anak-anak bukan Melayu, bukan Bumiputera yang pintar, yang keputusannya baik supaya jangan nampak tersisih,” katanya.
Anwar menegaskan sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengetepikan dasar kuota itu, ia akan menimbulkan ketegangan dan akan dijadikan sebagai isu dalam politik oleh pihak tertentu.
Menurut Perdana Menteri lagi, beliau telah menyampaikan arahan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek agar sistem itu dikekalkan, dan dalam masa sama membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik agar mereka dibantu untuk melanjutkan pengajian.
Sementara itu Anwar berkata Malaysia merupakan antara negara yang terbaik layanannya kepada kumpulan minoriti, walaupun mengakui ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki dalam soal itu.
“Ada negara lain yang minoriti umat Islam langsung tidak mendapat tempat, tapi jangan itu kita jadikan sebagai contoh, kalau itu dijadikan contoh kita pun lembab macam dia, lemah macam dia, zalim macam dia,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.