Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA KENAL PASTI 93 KAWASAN BERISIKO KEPALA AIR

DALAM NEGARA

BOMBA KENAL PASTI 93 KAWASAN BERISIKO KEPALA AIR

Sebanyak 39 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu.

MARANG: Sebanyak 39 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasarullah Mohd Nasir, berkata selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kematian akibat lemas di kawasan terbabit ialah melalui pelbagai program kesedaran keselamatan dan kewujudan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini hari, ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Seramai 142 anggota baharu menerima sijil masing-masing selepas menamatkan latihan selama lima bulan bermula 1 Feb lalu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading