Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK POSITIF KEMUNGKINAN TERAMBIL DADAH DALAM KERETA BAPA SEPUPU

UTAMA

KANAK-KANAK POSITIF KEMUNGKINAN TERAMBIL DADAH DALAM KERETA BAPA SEPUPU

KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini dalam keadaan kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya, kemungkinan ‘terambil’ lebih dadah di dalam kereta milik bapa sepupunya ketika dibawa ke lokasi penagihan dadah, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun – Bernama

KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini dalam keadaan kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya, kemungkinan ‘terambil’ lebih dadah di dalam kereta milik bapa sepupunya ketika dibawa ke lokasi penagihan dadah, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata susulan itu kereta milik bapa sepupu kanak-kanak itu, yang berusia 30 tahun, telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut terhadap kereta Proton Saga milik suspek akan dilakukan oleh pihak forensik,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan kanak-kanak yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kandungan dadah di dalam badannya.

Muhamad Zaki yang menyifatkan kejadian menimpa kanak-kanak itu sebagai sesuatu yang malang berkata, siasatan polis mendapati keluarga kanak-kanak itu memang menghadapi banyak kesukaran, selain emak kanak-kanak itu sendiri menghidapi penyakit kanser tahap empat.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis telah menjalankan Ops Khas di kawasan Kampung Sri Bintang tengah malam tadi dan menahan sembilan individu, di samping merampas 102 biji pil kuda. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading