MALAYSIA NEGARA PERTAMA TERIMA PERMIT OPERASI HOSPITAL MUSIM HAJI 2022
MAKKAH: Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443 Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (tengah).
MAKKAH: Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443 Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Menurutnya berbanding negara lain, kecekapan Malaysia sentiasa diperakui Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan mereka sedia maklum bahawa petugas Lembaga Tabung Haji (TH) akan mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
“Satu majlis serahan untuk permit yang dikeluarkan ini telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada minggu lalu dan ia telah dihadiri oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini menunjukkan komitmen dan susun atur kerja yang cekap daripada KKM serta petugas perubatan TH. Ini juga menunjukkan bahawa TH dan KKM menitikberatkan persiapan menjaga kesihatan jemaah haji di Tanah Suci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia.
Selain itu, Syed Saleh berkata kejayaan itu juga adalah sebagai bukti pasukan perubatan TH sentiasa membuat kerja secara tersusun dan komited dalam memberi perkhidmatan terbaik.
“Pencapaian yang agak membangggakan kerana kita yang pertama, ia bukti pasukan perubatan kita buat kerja tersusun dan komited hingga memenuhi syarat termasuk bangunan, peralatan, sistem pembuangan sisa-sisa dan jumlah kakitangan.
“Itu syarat-syarat yang dikenakan Arab Saudi dan ini menunjukkan keyakinan Arab Saudi terhadap Malaysia apabila membuat sesuatu semuanya akan ikut peraturan, terbaik dan semua gerak kerja yang sistematik,” katanya.
Selain itu, Syed Saleh turut menasihatkan jemaah agar tidak memaksa diri melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan apatah lagi menjelang Hari Wukuf, tidak lama lagi.
Cuaca terlampau panas dan kering hingga mencecah suhu 50 darjah Celcius memudahkan jemaah haji dijangkiti penyakit.
“Saya mahu menasihatkan jemaah supaya sentiasa memakai pelitup muka terutama di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Jemaah haji juga perlu teliti barangan makanan yang dibeli…pastikan bersih dan basuh dulu buah-buahan sebelum makan.
Dalam keadaan yang panas ini, kita harus jaga diri supaya tidak terdedah kepada cuaca yang terlalu panas dan sentiasa meminum air secukupnya untuk elak pelbagai penyakit termasuk strok haba,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager