Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK WARGA INDONESIA DISYAKI LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK WARGA INDONESIA DISYAKI LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS

Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun disyaki terjatuh dan dihanyutkan arus deras sungai di kawasan bersebelahan Pasaraya Matahari, Persiaran Subang Indah, di Subang Jaya petang tadi.

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun disyaki terjatuh dan dihanyutkan arus deras sungai di kawasan bersebelahan Pasaraya Matahari, Persiaran Subang Indah, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jan 8:06 malam tadi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya jarak antara balai bomba dan lokasi kejadian sejauh tujuh kilometer.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa kanak-kanak lelaki tujuh tahun warga Indonesia telah terjatuh ke dalam sungai pada jam 6:30 petang semasa sedang bermain bersama rakan-rakan.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan,” katanya ringkas, hari ini.

Setakat ini kerja-kerja pencarian secara surface searching sedang giat dijalankan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading