Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JALUR GEMILANG DIPASANG TANPA BULAN BINTANG KES TERPENCIL YANG TIDAK SENGAJA – SAMSURI

DALAM NEGARA

JALUR GEMILANG DIPASANG TANPA BULAN BINTANG KES TERPENCIL YANG TIDAK SENGAJA – SAMSURI

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kejadian itu merupakan kes terpencil dan bukan dilakukan secara sengaja.

KUALA TERENGGANU: Kejadian pemasangan Jalur Gemilang yang tular tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Buruk di sini, berpunca daripada kesilapan teknikal.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kejadian itu merupakan kes terpencil dan bukan dilakukan secara sengaja.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil yang tidak disengajakan.

“Apa-apa pun, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi, walau siapa jua yang memasangnya termasuklah orang awam dan sebagainya,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Baru-baru ini tular video memaparkan sehelai Jalur Gemilang yang dikibarkan di Dataran Batu Buruk tanpa lambang bulan dan bintang.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Datuk Lizan Che Mat menjelaskan bendera tersebut pada asalnya mempunyai simbol bulan dan bintang yang dijahit terpisah, namun bahagian tersebut tercabut akibat angin kencang.

Pihaknya telah mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera terjejas pada hari kejadian dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

“Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang, cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan.

“Selepas ini, kita tidak akan jahit lagi sebaliknya kita akan beli bendera yang sudah siap dan sempurna sepenuhnya,” tambahnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading