Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KATEGORI PENDAPATAN JEMAAH HAJI HASIL MAKLUMAT AGENSI KERAJAAN

DALAM NEGARA

KATEGORI PENDAPATAN JEMAAH HAJI HASIL MAKLUMAT AGENSI KERAJAAN

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengenal pasti kumpulan B40, M40 dan T20 di kalangan bakal haji yang terpilih menunaikan haji melalui maklumat yang diperoleh dari agensi kerajaan.

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman menunjukkan Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H/2025M selepas sidang media di Menara Tabung Haji. — Bernama

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengenal pasti kumpulan B40, M40 dan T20 di kalangan bakal haji yang terpilih menunaikan haji melalui maklumat yang diperoleh dari agensi kerajaan.

Maklumat tersebut menjadi panduan kepada TH untuk mengelaskan bayaran haji bagi setiap kumpulan.

“Seperti tahun-tahun lepas, TH telah mendapat kerjasama dari agensi-agensi Kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pengkalan data sedia ada.

“Penetapan kadar bayaran haji adalah dimuktamadkan oleh TH,” menurut maklumat TH di laman sesawangnya.

Semalam TH mengumumkan kadar bayaran haji bagi seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM15,000.

Bagi kumpulan M40, kadar bayaran haji sebanyak RM23,500 manakala RM33,300 bagi kumpulan T20. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading