Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAKITANGAN TV ALHIJRAH MENINGGAL DUNIA KETIKA TUGASAN LUAR

DALAM NEGARA

KAKITANGAN TV ALHIJRAH MENINGGAL DUNIA KETIKA TUGASAN LUAR

Almarhumah yang merupakan seorang mualaf difahamkan mula memeluk agama Islam pada sekitar tahun 2008.

Almarhumah Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah @ Paullina Oppei Paulus

KUALA LUMPUR: Seorang warga kerja stesen televisyen kandungan Islam utama Malaysia, TV AlHijrah, Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah, dilaporkan telah meninggal dunia, hari ini.

Almarhumah yang juga dikenali sebagai Paullina Oppei Paulus menghembuskan nafas terakhirnya semasa dalam urusan kerja di Kota Kinabalu, Sabah.

Almarhumah yang merupakan seorang mualaf difahamkan mula memeluk agama Islam pada sekitar tahun 2008.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan Almarhumah yang disifatkan sebagai seorang sahabat dan rakan kerja.

“Kehilangan yang sangat dirasai. Sahabat, InsyaAllah pemergianmu adalah atas jihad kerja media untuk keberlangsungan TV AlHijrah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Almarhumah bertugas di TV AlHijrah sebagai Pengurus Unit Integrasi Media, Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading