Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEB: GALAK LEPASAN TAHFIZ PILIH TVET SEBAGAI KERJAYA UTAMA

DALAM NEGARA

KEB: GALAK LEPASAN TAHFIZ PILIH TVET SEBAGAI KERJAYA UTAMA

Datuk Shamsuddin Amran berkata pada masa ini, lepasan tahfiz dilihat bertambah kerana banyak ibu bapa berminat memasukkan anak mereka ke pusat tahfiz namun, selepas tamat belajar tidak ramai daripada mereka memilih bidang TVET sebagai kerjaya.

Datuk Shamsuddin Amran –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Melonjakkan penghasilan huffaz berkemahiran dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara tidak langsung menggalakkan mereka memilih bidang itu sebagai kerjaya utama, merupakan antara empat resolusi dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini hari ini.

Pengerusi Kumpulan TVET Pilihan Kerjaya Utama Datuk Shamsuddin Amran berkata pada masa ini, lepasan tahfiz dilihat bertambah kerana banyak ibu bapa berminat memasukkan anak mereka ke pusat tahfiz namun, selepas tamat belajar tidak ramai daripada mereka memilih bidang TVET sebagai kerjaya.

“Kami melihat antara faktor menyebabkan lepasan tahfiz tidak berminat memasuki bidang ini kerana pemikiran ibu bapa dan mudir untuk tidak terlibat dengan program TVET dan bertumpu kepada hafazan sahaja.

“Selain itu, sistem pembangunan kurikulum di institusi tahfiz yang hanya berfokus kepada PdP (pengajaran dan pembelajaran) menghafaz dan tiada laluan pendidikan dan kerjaya yang jelas untuk lepasan tahfiz TVET, juga merupakan punca kenapa tidak ramai mahu terlibat dengan TVET,” katanya.

Justeru, Shamsuddin yang juga Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Bhd berkata antara perkara  dicadangkan kepada kerajaan bagi menggalakkan lepasan tahfiz memilih bidang TVET sebagai kerjaya utama termasuk mewujudkan penjenamaan baharu kerjaya dalam tahfiz TVET iaitu teknofaz dan menambah baik ekosistem pelaksanaan tahfiz TVET yang lebih menyeluruh.

“Bagi melahirkan graduan berkemahiran dan huffaz atau tahfiz TVET, pelbagai inisiatif harus dipergiat bagi meningkatkan kualiti dan mengekalkan kerelevanan TVET khususnya kepada pelajar yang mempunyai kelebihan menghafal dan menghayati al-Quran dan memiliki kemahiran teknikal sesuai dengan keperluan industri, pasaran kerja dan menjadi pilihan kerjaya utama.

“Inisiatif ini juga sekali gus dapat membina pembangunan sahsiah diri pelajar huffaz di samping dapat melahirkan graduan huffaz yang profesional dan berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata graduan huffaz yang mempunyai sijil kemahiran menjadi pilihan industri disebabkan mereka dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan kemahiran yang tinggi.

Sementara itu, tiga resolusi yang dibentangkan Shamsuddin pada KEB 2024 ialah meningkatkan tenaga kerja profesional dan kompeten bumiputera berasaskan TVET; meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kerjaya berkemahiran dan berpendapatan tringgi; dan merancakkan pembangunan teknousahawan bumiputera. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading