Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JUMLAH KORBAN DI GAZA AKIBAT SERANGAN ISRAEL MELEPASI 30,000 SEJAK 7 OKT

DUNIA

JUMLAH KORBAN DI GAZA AKIBAT SERANGAN ISRAEL MELEPASI 30,000 SEJAK 7 OKT

Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.

Gambar fail (AFP)

BANDARAYA GAZA: Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.

Jurucakap kementerian itu Ashraf al-Qudra berkata sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh dalam serangan Israel di kawasan yang dilanda perang sejak Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur turut rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top