MALAYSIA KESAL PERMOHONAN PALESTIN DI PERSIDANGAN PERLUCUTAN SENJATA DIBANTAH
Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Perlucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi.
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Perlucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada persidangan Sesi 2024 di Geneva pada Rabu, berkata Malaysia berpendapat bahawa Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu.
Beliau berkata Palestin merupakan Negara Pemerhati bukan anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan “state party” kepada perjanjian pelucutan senjata, iaitu Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (BTWC) dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang telah dirunding dan diterima pakai oleh CD.
“Malaysia menggariskan kepentingan prinsip keterangkuman dan multilateralisme dalam persidangan itu,” kata beliau.
Malaysia juga menggesa perluasan keanggotaan persidangan untuk penglibatan yang lebih luas dalam komuniti antarabangsa, katanya.
Mohamad berkata Malaysia juga menyeru negara-negara anggota untuk bersetuju dengan Program Kerja dan menyatakan bahawa adalah penting bagi CD mengatasi semua halangan sebelum ia dapat memenuhi mandatnya bagi merundingkan instrumen pelucutan senjata dan pengawalan senjata.
Krisis global semasa membabitkan keamanan dan keselamatan antarabangsa sangat memerlukan CD untuk berfungsi dengan berkesan.
“Bagaimanapun, ketidakupayaan negara aggota CD untuk bersetuju dengan Program Kerja telah mengakibatkan kebuntuan yang berpanjangan selama lebih dua dekad,” katanya.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus terlibat secara konstruktif dengan negara anggota persidangan yang lain dan menyokong semua usaha yang menyumbang ke arah pelucutan senjata secara am dan lengkap.
“Sehubungan itu, kami menyeru semua negara anggota untuk segera mempamerkan kemahuan politik yang lebih besar, membina kepercayaan antara satu sama lain, serta fleksibel sepenuhnya untuk memajukan kerja substantif persidangan,” katanya.
Mohamad berkata delegasi Malaysia menggariskan bahawa persetujuan terhadap Program Kerja tidak menjejaskan keputusan rundingan perjanjian pada masa hadapan.
Malaysia kekal teguh menyokong pelucutan senjata nuklear yang mendatangkan kesan buruk bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga terhadap alam sekitar, kata Mohamad.
“Malaysia menegaskan bahawa penghapusan senjata nuklear sepenuhnya adalah jaminan mutlak menentang penggunaan atau ancamannya,” katanya.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia dan Segmen Peringkat Tinggi CD, dari 27 hingga 29 Feb di Geneva, Switzerland.
Di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia, Mohamad bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dalam pelbagai isu hak asasi manusia, termasuk kerjasama melalui pejabat serantaunya di Bangkok.
Timbalan Menteri Luar itu juga menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan lawatan rasmi pertama Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada tahun ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked