Selama lebih 140 hari serangan, arena sukan Palestin sudah kehilangan lebih 183 pegawai dan kakitangan, termasuk atlet bola sepak, bola tampar, kru dan pengarah teknikal dan pengadil.
RAMALLAH: Stadium dan gimnasium di Semenanjung Gaza yang sepatutnya menjadi lokasi aktiviti pengembangan potensi atlet Palestin, kini berubah menjadi tanah perkuburan ratusan atlet serta pegawai sukan yang terkorban akibat serangan tanpa henti tentera rejim Israel.
Selama lebih 140 hari serangan, arena sukan Palestin sudah kehilangan lebih 183 pegawai dan kakitangan, termasuk atlet bola sepak, bola tampar, kru dan pengarah teknikal dan pengadil, lapor WAFA.
Memetik Persatuan Bola Sepak Palestin baru-baru ini, WAFA melaporkan seramai 85 pemain bola sepak kelab tempatan Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober dan 6 Disember lalu.
Menurut laporan itu, pemain bola sepak yang terbunuh termasuk 18 kanak-kanak dan 37 remaja.
Jaguh karate Palestin Nagham Abu Samra, 26, yang merupakan antara atlet harapan dan mempunyai masa depan cerah dalam sukan karate turut terkorban dalam serangan Israel, menurut WAFA.
Nagham meninggal dunia di Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir Al-Balah selepas hampir sebulan koma akibat serangan peluru berpandu di Gaza 17 Disember lalu.
Atlet paralimpik turut tidak terkecuali antaranya pemain bola sepak orang kerdil Palestin, Ahmed Awad Salman, dua beradik Mahmoud dan Muhammad Abu Dan yang bermain di Akademi Kelab Al-Hilal Gaza serta Atef Dabour, 15, dari kelab yang sama.
Turut terkorban dalam serangan Israel ialah pemain dari akademi bola sepak di Khan Younis Muhammad Qanan, pasangan adik-beradik di Akademi Score Abdullah dan Muhammad Abu Sanima, pemain Kelab Bola Sepak Markaz Tulkarem Osama Abu Nahar dan pemain Akademi Bola Sepak Samba Abdul Qadir Al-Attar, lapor WAFA.
Media baru-baru ini melaporkan seorang pengadil bola sepak antarabangsa dari Palestin, Mohamed Khattab turut syahid akibat serangan tentera Israel.
Khattab yang merupakan seorang pengadil diiktiraf Konfederasi Bola Sepak Asia dan Antarabangsa terkorban bersama keluarganya selepas rejim Zionis mengebom rumah mereka di Deir al-Balah.
Beberapa stadium dan kemudahan sukan di Gaza dan Tebing Barat terpaksa dijadikan tanah perkuburan para atlet yang terkorban disebabkan ketiadaan tempat lain untuk mengebumikan mereka.
Selain stadium, tentera zionis turut menyasarkan 37 pusat pengembangan sukan lain, 17 daripadanya musnah sama sekali dan selebihnya dijadikan pusat tahanan dan penyeksaan.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh hampir 29,954 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 penduduk lain selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests