ENAKMEN ORDINAN JENAYAH SYARIAH DI PERAK MASIH SAH – SAARANI
Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di Perak masih sah dan berperlembagaan kecuali ia dicabar dan diisytiharkan sebagai tidak sah, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
IPOH: Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di Perak masih sah dan berperlembagaan kecuali ia dicabar dan diisytiharkan sebagai tidak sah, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berkait isu polemik Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sama sekali tidak menjejaskan Enakmen Ordinan Jenayah Syariah di negeri lain.
“Ketua Hakim Negara telah menegaskan bahawa keputusan mahkamah berhubung perkara berkenaan ialah isu Perlembagaan dan tiada kena-mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata sebarang pindaan terhadap undang-undang syariah termasuk Enakmen Jenayah Syariah Negeri perlulah mendapat perkenan daripada Sultan Perak terlebih dahulu.
Menurut Shaarani, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memartabatkan kehakiman dan perundangan syariah secara menyeluruh dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan pihak berkepentingan.
Saarani berkata pada masa ini, terdapat sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab menjalankan fungsi semakan, menderaf atau menambah baik undang-undang syariah di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Beliau berkata jawatankuasa itu dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak serta dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang dan hukum syarak.
“Ini termasuklah Mufti Negeri, Ketua Hakim Syarie Negeri, ahli akademik dan pengamal undang-undang yang telah dilantik,” katanya.
Selain itu, beliau berkata bagi memastikan peruntukan undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik dari aspek substantif dan prosedural, agensi-agensi agama yang berkaitan seperti Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Mahkamah Syariah Negeri, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengadakan mesyuarat penyelarasan secara berkala.
Dalam pada itu, Saarani berkata jumlah keseluruhan Pegawai dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) tetap di Perak adalah sebanyak 60 orang yang terdiri daripada enam pegawai dan 54 anggota.
Beliau berkata pelaksanaan tugas penguatkuasaan dibantu oleh anggota penguat kuasa agama sukarela berjumlah 101 orang, manakala seorang hingga empat anggota penguat kuasa agama ditempatkan di setiap daerah bergantung kepada jumlah kepadatan penduduk.
Sementara itu, Saarani menjelaskan pihaknya menarik semula kemudahan agihan kotak makanan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menyerahkan semula kepada Yayasan Perak untuk diagihkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik.
Keputusan itu katanya, dibuat susulan beberapa Pusat Khidmat ADUN pembangkang dan kerajaan yang menggunakan pelekat sendiri seolah-olah kotak makanan itu datangnya dari pusat khidmat berkenaan yang merupakan satu kesalahan.
“Yayasan Perak akan mengeluarkan senarai NGO yang terbabit dalam membuat agihan bagi memudahkan orang ramai mengenali mereka,” katanya.
Beliau berkata Yayasan Perak hendaklah memastikan semua NGO yang terlibat menyampaikan kotak makanan dengan amanah dan bertanggungjawab, namun kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik tauliah yang diberikan kepada NGO berkenaan sekiranya terbukti melanggar prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Persidangan DUN Perak yang berlangsung hanya kira-kira tiga setengah jam hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked