KOTA BHARU – Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 yang hilang sejak lebih dua minggu lepas.
Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Abdul Razak Muda berkata, skop keluasan pencarian telah
diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.
“Hari ini memasuki hari ke-18 tempoh pencarian, kita dapati tiada petunjuk baharu yang diperoleh walaupun telah menggunakan dua jenis anjing pengesan iaitu untuk mengesan mangsa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal namun ianya tidak membawa kepada sebarang penemuan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Tahun 2019 di Kompleks Islam Darul Naim malam tadi.
Perkhemahan selama lima hari bermula 7 April lalu
telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Tangok yang disertai 704 kadet bomba daripada 16 kontinjen di seluruh
negara.
Hadir merasmikan majlis penutupan berkenaan ialah
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan,
Kokurikulum dan Seni, Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian
Pendidikan Razuki A Rahim.
Abdul Razak berkata, jika sebelum ini
pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beranggapan Mohamad Ashraf
tergelincir atau terjatuh, tetapi apabila keluasan pencarian sudah
menjangkau sebanyak 50 kilometer, kemungkinan tersebut terpaksa diubah.
“Saya dimaklumkan kemungkinan mangsa menghilangkan diri, ataupun ada kemungkinan yang beliau diculik.
“Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, dan seramai 50
anggota bomba akan menyertai operasi pencarian secara besar-besaran
dengan pihak polis pada Sabtu ini,” katanya.
Sementara itu,
Razuki berkata sehingga kini seramai 185,841 pelajar di seluruh negara
terlibat secara langsung dalam badan beruniform bomba dan penyelamat di
peringkat sekolah.
“Penglibatan yang memberangsangkan ini memberi
satu gambaran bahawa pelajar yang terlibat secara aktif dalam
kokurikulum di peringkat sekolah mampu melahirkan modal insan kelas
pertama.
“Penglibatan pelajar dalam perkhemahan dengan pelbagai
aktiviti yang diadakan termasuk kawad kaki, ‘Teachers Challenge’, dan
kebudayaan dapat memberi pendedahan awal secara praktikal kepada mereka
jika mereka berminat untuk menjadi anggota bomba nanti,” katanya.
Untuk rekod, johan keseluruhan bagi Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Tahun 2019 dinobatkan kepada kontinjen negeri Sabah, dan Melaka dipilih menjadi tuan rumah perkhemahan berkenaan kali ke-30 pada Tahun 2020. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.