KEMENANGAN TIGA PELAJAR DALAM KES SAMAN TERHADAP GURU PONTENG, PENGAJARAN UNTUK SEMUA
Tiga bekas pelajar sekolah menengah di Kota Belud yang memenangi saman terhadap guru mereka kerana gagal hadir untuk mengajar selama tujuh bulan berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing.
KOTA KINABALU: Tiga bekas pelajar sekolah menengah di Kota Belud yang memenangi saman terhadap guru mereka kerana gagal hadir untuk mengajar selama tujuh bulan berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam memenuhi tanggungjawab masing-masing.
Calvina Angayung, 22, juga berharap kemenangan itu akan menjadi motivasi kepada orang lain yang masih mengambil sikap mendiamkan diri untuk bangkit memperjuangkan hak mereka.
“Kami menjadi mangsa ketidakadilan guru ini sehingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Kemenangan ini adalah hadiah kepada semua pihak yang menyokong kami sejak awal.
“Terima kasih kepada saksi-saksi kami yang tampil dengan berani di mahkamah, NGO (badan bukan kerajaan) dan aktivis, ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat di luar sana yang sentiasa menyokong kami tanpa mengira di mana kami berada,” katanya ketika dihubungi.
Seorang lagi plaintif, Nur Natasha Allisya Hamali pula berkata beliau lega kerana meskipun mengambil masa enam tahun, semua usaha mereka ternyata tidak sia-sia dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan itu.
Pada tahun 2020, Calvina, Nur Natasha Allisya dan Rusiah Sabdarin, yang berusia 22 tahun, menyaman bekas guru Bahasa Inggeris mereka iaitu Mohd Jainal Jamran yang didakwa tidak hadir untuk mengajar subjek itu selama tujuh bulan pada 2017, Pengetua sekolah ketika itu Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.
Pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Leonard David Shim ketika membenarkan saman itu memutuskan bahawa kelima-lima defendan telah melanggar kewajipan statutori mereka dan jaminan perlembagaan untuk kesemua bekas pelajar terbabit mendapatkan pendidikan.
Mahkamah kemudian memberi pampasan sebanyak RM150,000 kepada ketiga-tiga plaintif.
Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili kesemua pelajar, berkata adalah penting untuk kerajaan menyedari dan mengiktiraf kelemahannya serta menggubal dasar bagi memastikan akauntabiliti guru yang ingkar demi kesejahteraan dan prospek generasi masa depan negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, berkata mereka yang berada dalam ekosistem sekolah mempunyai tanggungjawab masing-masing dan guru yang sepatutnya hadir ke kelas untuk mengajar namun gagal berbuat demikian, perlu mempunyai alasan munasabah.
“Meskipun pelajar harus berdisiplin dan menghormati guru, mereka tetap berpeluang bercakap dengan ibu bapa yang akan membangkitkan perkara itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru mengenai perkhidmatan yang diberikan di sekolah,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager