MURID DITIMPA TANGKI PAM TANDAS MASIH TRAUMA, AKAN IKUTI KAUNSELING
Murid perempuan Tahun Tiga yang cedera ditimpa tangki pam tandas ketika menggunakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan di sini pada Selasa lepas masih dalam keadaan trauma.
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Nur Alisha Adawiyah Mohd Yusri, 9, (tengah) yang cedera di kepala akibat dihempap pam tandas ketika menggunakannya pada Selasa lepas di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan Hulu Kinta, hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Murid perempuan Tahun Tiga yang cedera ditimpa tangki pam tandas ketika menggunakannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan di sini pada Selasa lepas masih dalam keadaan trauma.
Nur Alisha Adawiyah Mohd Yusri, 9, berkata sehingga kini dia terpaksa meminta rakan di sekolah untuk menemaninya ketika pergi ke tandas kerana bimbang kemalangan sama berulang lagi.
“Semasa saya masuk ke tandas tidak nampak seperti pam itu rosak tetapi secara tiba-tiba ia jatuh dan terkena kepala saya.
“Sekarang saya takut untuk pergi ke tandas di sekolah sebab takut terjadi lagi,” katanya ketika ditemui pemberita ketika lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bersama pihak Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun di sekolah itu hari ini.
Lawatan itu turut disertai Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta, Jabatan Pendidikan negeri serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Ibu murid itu, Nor Azizawati Ismail, 37, berkata satu laporan polis dibuat di Balai Polis Tambun pada 7 malam semalam mengenai kejadian dan keselamatan anak keempat daripada lima beradik berkenaan.
“Apabila menerima panggilan mengenai perkara menimpa Nur Alisha Adawiyah, saya segera mendapatkannya dan melihat dia menangis lalu membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan.
“Dia mengalami bengkak pada kiri kepala dan berasa sakit sehingga sekarang jadi diharapkan tiada murid lain yang terkena lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Arafat Varisai yang merupakan ADUN di bawah Parlimen Tambun berkata sesi kaunseling akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada murid itu dalam masa terdekat.
Menurutnya semua tandas murid di sekolah itu ditutup buat sementara waktu dan mereka hanya dibenarkan menggunakan lapan tandas guru yang berada di sekitar bangunan sekolah.
“Saya sudah berhubung dengan pihak kementerian dan beberapa perkara akan dilakukan termasuk skim insurans berhubung insiden ini. Pusat Khidmat Parlimen dan DUN juga menyampaikan sumbangan hari ini.
“Saya telah berbincang dengan JKR dan mereka mencadangkan untuk melakukan pemasangan pendakap pada tangki pam tandas seramik sedia ada supaya selamat digunakan namun perbincangan lanjut akan dibuat sama ada perlu menukarkan kepada penggunaan tangki pam jenis lain seperti plastik,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked