Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUAL AIR DALAM BEKAS AKUARIUM SATU KESALAHAN – KKM

DALAM NEGARA

JUAL AIR DALAM BEKAS AKUARIUM SATU KESALAHAN – KKM

Akuarium biasanya diperbuat daripada bahan kaca atau plastik berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus mengakibatkan kesan kepada kesihatan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan bekas akuarium sebagai bekas menyimpan air bagi tujuan jualan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, penggunaan bekas bukan untuk tujuan makanan adalah dilarang seperti yang terkandung dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jelasnya, akuarium biasanya diperbuat daripada bahan kaca atau plastik berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus mengakibatkan kesan kepada kesihatan.

“Dalam hal ini, menjadi satu kesalahan apabila akuarium yang berfungsi sebagai bekas memelihara ikan dan bukan bertujuan untuk penyimpanan makanan digunakan sebagai bekas penyimpanan air bagi tujuan jualan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Muhammad Radzi, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan tujuan makanan.

“KKM menegaskan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius tentang keselamatan makanan dan memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti untuk semua,” tambahnya selain menasihatkan orang ramai untuk membeli makanan di premis yang bersih.

Sebelum ini tular video peniaga air yang menggunakan akuarium sebagai bekas air untuk jualan kepada orang ramai.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading