Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMENTERIAN LUAR SAHKAN SEORANG RAKYAT MALAYSIA HILANG DI SUMATERA BARAT

DALAM NEGARA

KEMENTERIAN LUAR SAHKAN SEORANG RAKYAT MALAYSIA HILANG DI SUMATERA BARAT

Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lep

Sumber: ARKIB

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lepas.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat, dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat.

Ia juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Sumatera Barat untuk sentiasa mengikuti semua arahan daripada pihak berkuasa tempatan serta menjauhi zon terdedah kepada tanah runtuh dan banjir, terutamanya laluan Padang-Bukittinggi di kawasan Lembah Anai, yang masih ditutup.

“Rakyat Malaysia yang kini berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan pemberian bantuan dan komunikasi yang tepat pada masanya,” menurut kenyataan itu.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 , yang beroperasi secara 24 jam atau e-mel kepada: mwmedan@kln.gov.my.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading