Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN TERIMA SATU KEJADIAN TEMBAK DI KLANG SELATAN

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN TERIMA SATU KEJADIAN TEMBAK DI KLANG SELATAN

Polis Selangor mengesahkan menerima maklumat berhubung satu kejadian tembak di kawasan Taman Mesra Indah di Klang Selatan malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat pada 8.35 malam semalam.

Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan menerima maklumat berhubung satu kejadian tembak di kawasan Taman Mesra Indah di Klang Selatan malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat pada 8.35 malam semalam.

“Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Harman Mohd Haniff menerusi talian 019-2100334 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan melalui talian 03-33762222,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah pacuan empat roda oleh orang awam dipercayai ditembak di Taman Mesra Indah, di sini malam semalam.

Dalam beberapa klip video berkaitan kes terbabit yang tular di media sosial, lelaki berkenaan ditemukan di bahagian tempat duduk kenderaan berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading