Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘KENDURI DURIAN’: POLIS AMBIL KETERANGAN 15 INDIVIDU TERMASUK TIMBALAN SPEAKER

DALAM NEGARA

‘KENDURI DURIAN’: POLIS AMBIL KETERANGAN 15 INDIVIDU TERMASUK TIMBALAN SPEAKER

BATU PAHAT: Polis selesai mengambil keterangan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon serta 14 individu lain yang terlibat dalam ‘kenduri durian’ di sebuah kebun, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kesemua individu tersebut dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa berada di kebun tersebut.

Katanya, Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 3 petang Khamis lalu bagi memberi keterangan.

“Pihak polis sudah selesai merakam keterangan kesemua mereka dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Pejabat Pendakwa Raya,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS SIASAT VIDEO TULAR AHLI PARLIMEN LANGGAR SOP MAKAN DURIAN

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa individu termasuk Rashid makan durian di sebuah kebun.

Bagaimanapun, Rashid tampil memohon maaf atas kesalahan tersebut selepas video tersebut sudah tersebar luas.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading