KEPERLUAN TAULIAH MENGAJAR DEMI PELIHARA AGAMA ISLAM – SULTAN SELANGOR
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa keperluan tauliah mengajar agama bukan untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama, sebaliknya ia adalah langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa keperluan tauliah mengajar agama bukan untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama, sebaliknya ia adalah langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.
Baginda bertitah hanya mereka yang benar-benar mahir dan mempunyai pengetahuan luas mengenai agama Islam sahaja boleh diberikan tauliah untuk mengajar atau berceramah di masjid atau surau di negeri ini.
“Bagi memastikan agama Islam terus terpelihara daripada sebarang anasir penyebaran ajaran salah, fitnah-memfitnah serta bersangka buruk yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap agama, masyarakat dan negara, maka tauliah diperlukan,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin yang bertitah menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office turut menyeru umat Islam di Selangor agar memahami dan menghayati inti pati khutbah Jumaat bertajuk ‘Tauliah Mengajar , Suatu Keperluan’ yang dibacakan oleh khatib di masjid-masjid seluruh negeri, hari ini.
Baginda turut senada dengan khatib yang menyeru agar semua pemegang tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) perlu mematuhi undang-undang dan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa agama pada setiap masa.
“Mereka juga hendaklah menggunakan tauliah mengajar pada situasi yang betul, bukannya untuk kepentingan dan keuntungan peribadi. Tidak menyelitkan lawak jenaka yang melampau sehingga masyarakat hanya mengingati lawak berbanding ilmu yang disampaikan, yang akhirnya akan menyebabkan masyarakat lebih tertarik kepada penceramah hanya kerana lawaknya tetapi bukan kepada ilmunya,” titah Sultan Selangor.
Baginda turut berpesan kepada para pemegang tauliah supaya tidak mencampuradukkan isu agama dengan politik kepartian dan permusuhan sesama Islam, atau menyelitkan perkara yang cenderung mendatangkan benci atau penghinaan terhadap mana-mana agama, kerajaan dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk di negara ini.
“Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerap menerima aduan bahawa masih terdapat masjid atau surau yang mengundang penceramah tanpa tauliah. Malah penceramah yang tahu tentang keperluan mendapatkan tauliah di Selangor ini masih terus mencuba untuk memberi ceramah di masjid dan surau tanpa tauliah.
“Apabila kebenaran ceramah di masjid dan surau tidak diberikan atas alasan tiada mempunyai tauliah, pihak berkuasa agama dipersalahkan dan diperlekehkan kononnya menghalang usaha-usaha dakwah dilakukan di masjid dan surau,” titah baginda.
Justeru baginda mengingatkan kepada sesiapa yang ingin mengajar agama atau diundang untuk mengajar di masjid atau surau seluruh Selangor, untuk memohon tauliah mengajar. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager