Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAEDAH GUNA KWSP SEBAGAI CAGARAN PINJAMAN TIDAK LANGGAR AKTA – PM

DALAM NEGARA

KAEDAH GUNA KWSP SEBAGAI CAGARAN PINJAMAN TIDAK LANGGAR AKTA – PM

Kaedah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan, tidak melanggar Akta KWSP, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Kaedah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan, tidak melanggar Akta KWSP, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan pihaknya dengan KWSP, dan difahamkan tiada sebarang halangan untuk melaksanakannya.

Menjawab soalan mengenai kaedah itu yang mendapat pelbagai maklum balas ramai, termasuk yang negatif, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kaedah berkenaan adalah bagi membantu kes-kes tertentu. 

“Biasalah… Kalau ikutkan memang tidak benarkan, tetapi ada kes mendesak contohnya pencarum ada simpanan tetapi tidak mampu misalnya bayar yuran pendidikan anak ke luar negara, kes-kes kita beri pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini. 

Terdahulu pada sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis lepas, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Sebelum ini terdapat desakan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu golongan terkesan pasca COVID-19 serta inflasi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading