KERAJAAN BERUSAHA SELESAI MASALAH AIR SEMUA NEGERI, RENTASI PARTI POLITIK – PM ANWAR
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Karnival Tekun MADANI Pulau Pinang di Dewan SP Arena Seberang Jaya hari ini.–fotoBERNAMA
BUTTERWORTH: Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam menyelesaikan masalah bekalan air di negeri pembangkang itu.
“Di Nibong Tebal ada masalah air, di Kedah ada masalah air, di Kelantan lagi masalah air dan di Sabah pun masalah air. Kita cuba selesaikan, dan di Kelantan saya tanya Menteri Besar Kelantan dan beliau maklumkan pam tak boleh bawa naik air iaitu sebab pam tak cukup tinggi untuk ambil air dan apa saya buat, saya arah beli segera pam.
“Ini bukan soal parti politik, ini soal rakyat yang kita buat untuk bantu… Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) juga ambil keputusan (laksanakan) operasi pembenihan awan di Kelantan, supaya hujan di sana dan kita ikhtiarnya dengan baik supaya dapat selesaikan masalah air,” katanya ketika berucap merasmikan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) MADANI Pulau Pinang di Dewan Seberang Perai (SP) Arena di Seberang Jaya di sini.
Turut hadir Menteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menterinya Datuk R.Ramanan dan Pengerusi Tekun Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Anwar menjelaskan di Pulau Pinang khususnya di Nibong Tebal, mengalami masalah air kerana air sungai di kawasan itu tidak cukup, justeru kerajaan mengambil langkah mengadakan perbincangan dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Beliau berkata perbincangan itu, telah berjaya mencapai keputusan kerana pihaknya telah membuat kajian yang kawasan Sungai Perak mempunyai banyak air serta mencukupi untuk negeri itu, manakala yang berlebihan boleh dibekalkan ke Kerian, Perak dan seterusnya diberikan ke selatan Pulau Pinang iaitu Sungai Acheh, Sungai Bakap, Nibong Tebal dan Batu Kawan.
“Akhirnya kita berjaya luluskan projek itu (Projek Air Perak-Pulau Pinang) dengan peruntukan belanja RM4 bilion, ia untuk siapa? Untuk rakyat Perak dan Pulau Pinang, peluang tersebut dari air Sungai Perak untuk kegunaan rakyat di Perak dan Pulau Pinang,” katanya.
Anwar juga memaklumkan Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat, menjalankan pengurusan dan tatakelola yang baik, justeru kerajaan di bawah pimpinannya itu berbeza dengan apa yang cuba dicerminkan oleh segelintir pihak.
Menyentuh mengenai TEKUN Nasional, pemimpin nombor satu negara yang mempunyai jadual padat di Pulau Mutiara hari ini, berkata agensi tersebut bermatlamat untuk membantu meningkatkan sumber pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah, dengan memberikan pinjaman untuk menjalankan perniagaan.
Dalam pada itu, beliau berjanji jika TEKUN Nasional terus mengurus dengan baik dan mencatatkan prestasi yang lebih bagus, peruntukan bagi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu, akan ditambah dalam Belanjawan 2025 akan datang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests