Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHEIKH AL-AZHAR ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA 2 HINGGA 5 JULAI

DALAM NEGARA

SHEIKH AL-AZHAR ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA 2 HINGGA 5 JULAI

Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.

Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib -foto Reuters

PUTRAJAYA: Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kedatangan Ahmed Mohammed Al-Tayyib adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lawatan rasmi ini sudah tentu akan memberi makna besar kepada usaha-usaha pengukuhan perpaduan umat Islam selain memperkukuh keakraban hubungan antara Malaysia dan Mesir. 

“Pada masa sama, kehadiran beliau nanti akan memantapkan usaha-usaha pembangunan Islam di Malaysia khususnya pendidikan Islam dan tahfiz,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar itu, selain pertemuan bersama perdana menteri, beberapa program melibatkan beliau telah dirancang, antaranya Lawatan serta Bicara Eksekutif MADANI di Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam; Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana di sini; serta Sesi Pertemuan bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia.

“JPM (Hal Ehwal Agama) amat yakin bahawa lawatan rasmi ini akan membawa manfaat kepada keharmonian serta masyarakat dan negara,” kata Mohd Na’im. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading