ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-82 di Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.
Anwar dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.
Sultan Sallehuddin turut berkenaan menganugerahkan Darjah Dato’ Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Dato’ Seri Pahlawan kepada Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Tiga penerima iaitu Pegawai Kewangan Kedah Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Bin Abu Hassan pula dianugerahkan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) yang membawa gelaran Dato’ Wira.
Sumber Gambar: BERNAMA
Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Dato’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Kedah Mohd Azam Abd Samat, Ketua Pegawai Eksekutif AFK Group Tan Sri Dr Azmil Khalili Khalid dan Kolonel (B) Datuk Mohd Aros Othman.
Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’ pula dianugerahkan kepada sembilan penerima, antaranya Pegawai Daerah Kota Setar Hakim Ariff Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dr Nadzman Mustaffa, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Dr Ching Thoo Kim dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Foad Sakdan.
Turut menerima darjah DSDK ialah Ahli Lembaga Pengarah UUM Mohd Zuhri Abdullah, Pengarah Perubatan Klinik Pakar Mata Abdul Razak Sdn Bhd Dr Abdul Razak K.V Koyakutty, Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah Abdullah Lebai Samah, Pengarah Yiked Bina & Tanjung Digital Mohd Azam Saad dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah Ang Saik Cheong.
Sultan Sallehuddin kemudian menganugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Dato’ kepada empat penerima iaitu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Zambery@Jefry Darus, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral Abdul Aziz Abu Hassan, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Saipol Anuar Jaafar dan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.
Sementara itu 13 penerima dianugerahkan Setia Diraja Kedah (SDK) antaranya Pegawai Daerah Padang Terap Azmin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Pokok Sena Mohamad Rizal Mohamad Radzi dan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah Dr Fauziah Abdul Wahab.
Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan bintang-bintang dan pingat-pingat kebesaran iaitu Ahli Mahkota Kedah (AMK) kepada 32 penerima, Ahli Setia Pahlawan (ASP) (11 penerima), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) (15 penerima), Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) (52 penerima) dan Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) (20 penerima).
Baginda turut menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) (35 penerima), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (19 penerima), Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) (20 penerima).
Turut berangkat ke istiadat itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.