Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN CADANG PINDA AKTA 355 TENTANG LGBT

DALAM NEGARA

KERAJAAN CADANG PINDA AKTA 355 TENTANG LGBT

KOTA BHARU: Kerajaan bercadang untuk melakukan pindaan terhadap Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada pengamal perlakuan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, pindaan tersebut perlu memandangkan kadar hukuman sedia ada dilihat tidak memberi kesan kepada golongan itu.

Buat masa ini, di bawah akta tersebut, individu yang didapati bersalah oleh dihukum penjara tiga tahun, serta denda RM5 ribu dan enam kali sebatan.

“Kita telah memberi arahan supaya pihak berkuasa agama negeri perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap golongan ini.

“Soal keberkesanan itu, barangkali perlu ditambah baik dari segi penguatkuasaan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Food Bank oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini.

Ujar Marzuk, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan pindaan terhadap kadar hukuman yang sedia ada untuk lebih memberi kesan kepada golongan tersebut.

Terdahulu, anggota Penguatkuasa Agama Persekutuan dan Negeri telah diarahkan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang berkelakuan tidak sopan selain berpakaian kontra dengan jantina.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading