PKP DI SELURUH NEGARA KECUALI SARAWAK

KUALA LUMPUR: Enam lagi negeri akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, PKP akan dilaksanakan selama 14 hari di negeri terbabit iaitu sehinga 4 Februari 2021.

Tambahan enam lagi negeri itu katanya berdasarkan  nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif COVID-19 di negeri terbabit.

“Secara kesimpulannya dengan pengumuman PKP di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis, bermula 22 Januari 2021, mulai 12.01 malam bermakna seluruh negara berada dalam PKP kecuali Sarawak.

“SOP PKP sama seperti ini iaitu penduduk tidak dibenarkan keluar kecuali dua orang dari satu rumah untuk mendapatkan barangan keperluan atau kes-kes kecemasan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini tujuh negeri telah dikenakan PKP, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.– AlHijrah Online

Leave a Reply