KERAJAAN GAGAL LUCUT HAK BARANG KEMAS, JAM DAN BEG TANGAN MILIK NAJIB, ROSMAH
Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti prosiding sambung bicara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik UMNO dan Najib. Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu.
Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.
Dalam keputusannya, Hakim Muhammad Jamil berkata pegawai penyiasat pengubahan wang haram Supt Foo Wei Min gagal membuktikan bahawa jam tangan yang disita itu hasil daripada pecah amanah atau harta curi.
“Perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa jam tangan yang disita diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat atau menggunakan penyelewengan dana 1MDB,” katanya.
Muhammad Jamil berkata wang berjumlah US$247,599,466 telah dibayar oleh Blackstone Asia Real Estate Partners dan beberapa pihak lain kepada 31 syarikat pengeluar dan penjual barangan kemas untuk pembelian barang kemas.
“Perlakuan kesalahan predikat tidak dibuktikan, maka tidak timbul isu bahawa barang kemas yang disita berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat,” katanya.
Bagi 29 beg tangan pula, Muhammad Jamil berkata Supt Foo menyatakan ia telah diterima sebagai hadiah, namun tidak mempunyai keterangan yang kukuh untuk pembuktian.
Sehubungan itu, hakim berkata pemohon (pendakwaan) gagal membuktikan permohonannya untuk melucut hak harta yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram dengan menyeleweng dana 1MDB.
“Atas imbangan kebarangkalian, pemohon gagal membuktikan bahawa harta yang disita adalah keterangan yang berhubung dengan perlakuan aktiviti haram. Permohonan pemohon untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit jam tangan ditolak,” katanya.
Selepas Muhammad Jamil menyampaikan keputusan, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memohon untuk menggantung keputusan itu mengikut Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah.
“Kami akan mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk merayu atau tidak keputusan hari ini, sebab itu kami mohon untuk menangguhkan keputusan sehingga rayuan difailkan. Pihak pendakwaan akan membuat permohonan secara bertulis.
“Kesan daripada keputusan hari ini barangan yang disita perlu dipulangkan, jadi sekiranya keputusan hari ini tidak digantung, rayuan pihak pendakwaan akan menjadi sia-sia,” katanya.
Bagaimanapun peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah tidak terpakai dalam perkara itu untuk saman pelucuthakan sebaliknya ia terpakai dalam prosiding jenayah.
“Oleh itu saya memohon Yang Arif menolak permohonan pihak pendakwaan. Rakan saya telah menyatakan bahawa mereka mengemukakan permohonan untuk Peguam Negara mempertimbangkan sama ada untuk merayu atau tidak. Jadi berdasarkan ketidakpastian, tidak boleh ada perintah untuk penangguhan pelaksanaan,” katanya.
Hakim Muhammad Jamil kemudian menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung keputusan itu kerana beliau telah memutuskan bahawa harta yang disita bukan diperoleh berkaitan dengan aktiviti haram. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager