Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOHD SHAHIFUL MOHON BEREHAT DARIPADA JAWATAN KETUA PEMUDA PAS SIK

DALAM NEGARA

MOHD SHAHIFUL MOHON BEREHAT DARIPADA JAWATAN KETUA PEMUDA PAS SIK

“Ucapan dalam video itu merupakan ucapan saya sendiri dan bukan mewakili PAS khususnya, Perikatan Nasional (PN) amnya. Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada dalam PAS mahupun PN yang terkesan dan tersinggung akan ucapan saya itu,”

Mohd Shahiful Mhd Nasir

ALOR SETAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir membuat permohonan untuk berehat daripada jawatan itu dan semua jawatan dalam parti untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Permohonan itu dibuat menerusi satu surat yang ditujukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Sik bertarikh 11 Nov lepas.

Dalam surat berkenaan, Mohd Shahiful memaklumkan keputusan itu dibuat susulan video yang tular mengenai kenyataan beliau baru-baru ini bahawa sesiapa yang mengundi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan masuk api neraka.

Katanya, permohonan yang dibuat itu adalah secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Ucapan dalam video itu merupakan ucapan saya sendiri dan bukan mewakili PAS khususnya, Perikatan Nasional (PN) amnya. Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada dalam PAS mahupun PN yang terkesan dan tersinggung akan ucapan saya itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dihubungi mengesahkan mengenai permohonan Mohd Shahiful berkenaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading