Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN MALAYSIA SUMBANG US$200,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

DALAM NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA SUMBANG US$200,000 KEPADA MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

“Malaysia menyatakan solidaritinya dengan Kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan banjir dahsyat yang menyebabkan penderitaan, kehilangan nyawa, kemusnahan infrastruktur dan harta benda serta kehilangan sosialekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sumber gambar: AFP

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menyumbang sebanyak US$200,000 kepada mangsa banjir di Pakistan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan sumbangan itu telah disalurkan kepada Tabung Bantuan Banjir Perdana Menteri Pakistan 2022 melalui akaun Affin Bank tempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.

“Malaysia menyatakan solidaritinya dengan Kerajaan dan rakyat Pakistan berikutan banjir dahsyat yang menyebabkan penderitaan, kehilangan nyawa, kemusnahan infrastruktur dan harta benda serta kehilangan sosialekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Rakyat Malaysia bersama rakyat Pakistan dalam masa yang sukar ini. Malaysia berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan penderitaan mangsa banjir,” menurut kenyataan itu.

Dilaporkan hampir 1,700 orang terbunuh dalam banjir itu setakat ini manakala kira-kira 33 juta daripada 230 juta penduduk terjejas teruk. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading