Tindakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan PRK Cameron Highlands dipersoalkan.
KUALA LUMPUR – “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada
janjinya”. Kerajaan PH diingatkan supaya berpegang dan patuh kepada prinsip
integriti yang dicanang sebelum ini termasuklah dalam hal menggunakan aset
kerajaan atas tujuan kempen politik menjelang mana-mana pilihan raya.
Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata,
amalan yang terbaik ialah mana-mana menteri atau pemimpin tidak menggunakan
aset kerajaan untuk tujuan kempen parti politik.
Bagaimanapun, katanya, jika sebelum ini sudah ‘terguna’ aset kerajaan
untuk tujuan itu tanpa disengajakan, diharapkan perkara sama tidak berulang
lagi pada masa depan.
“Kalau dah terlepas, diharap jangan ulangi lagi kelak. PH sebelum ini
berikrar untuk menjadi kerajaan yang telus, berintegriti dan bersih, jadi tidak
sepatutnya aset kerajaan digunakan untuk tujuan kempen politik.
“PH mesti patuh dan berpegang kepada prinsip, jangan alpa dan ulangi
kesilapan kerajaan sebelum ini,” nyata beliau kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyindir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang menggunakan kenderaan rasmi
kerajaan untuk urusan PRK Cameron Highlands.
Meskipun Mohamad sudah pun menjawab isu itu iaitu kerana lawatan
rasminya sebagai menteri yang dirancang awal, namun Najib berkata, alasan itu
masih boleh dipertikaikan.
Ia kerana katanya, pada hari sama juga, Mohamad dilihat hadir ketika
proses penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands untuk memberikan sokongan
kepada calon PH, M Manogaran dari DAP.
“Sejak bila proses penamaan calon parti DAP sudah menjadi urusan
rasmi Kementerian Pertahanan?
“DAP dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tak
nampak? Adakah Mat Sabu akan ‘claim’ (tuntut) duit minyak untuk helikopter dari
(Lim) Kit Siang (Veteran DAP) nanti?” soalnya dalam hantaran di Facebook
miliknya.
Hantaran terbaharu Najib itu dilihat menyindir PH susulan tersebarnya
gambar seorang wanita yang memakai baju berlogo PH sedang mengagihkan duit di
media sosial.
Najib dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya menyatakan
bahawa pemberian tidak kira dalam bentuk duit minyak atau duit rokok tetap
rasuah berdasarkan pendapat hakim apabila mengumumkan keputusan mahkamah untuk
membatalkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada PRU14.
Bagaimanapun, PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular itu
merupakan bayaran balik kos petrol kepada sukarelawan mereka.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager