Belia tidak seharusnya hanya memikirkan untuk bekerja makan gaji sahaja sekiranya mahu cepat maju. – Gambar hiasan
SHAH ALAM – Golongan muda perlu lebih mandiri untuk meneruskan
kehidupan dalam dunia serba mencabar ini. Mereka tidak seharusnya terus
bergantung kepada pendapatan yang diperoleh daripada makan gaji semata-mata.
Perkara ini dibangkitkan Pengerusi Pemuda Dewan Perdagangan Asean,
Farique Azwan yang menyeru warganegara Malaysia terutamanya kaum Bumiputera
supaya menggunakan kesempatan yang diberi kerajaan untuk menceburi bidang
perniagaan.
Menurut beliau, kerajaan bermatlamat menjadikan bidang perniagaan terutamanya
sektor industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai penyumbang utama peluang
pekerjaan baru dan membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-21.
“Makan gaji hanya memberi pendapatan bulanan kepada seseorang individu
itu sahaja, perkara sebaliknya apabila berkecimpung dalam bidang perniagaan
ianya turut membantu individu lain dalam mencari peluang pekerjaan,” katanya
melalui kenyataan media, hari ini.
Pemuda Dewan Perdagangan Asean berpendapat, kerajaan menerusi
Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengubah perspektif anak muda dengan memberi
pendedahan awal kepada pelajar bermula di peringkat sekolah rendah dan menengah
rendah.
Kerjasama KPM dan Kementerian Pembangunan Usahawan perlu dilaksanakan
supaya dapat mempromosikan kerjaya dalam bidang perniagaan agar pelajar tidak
terkeliru ketika memilih aliran yang sesuai untuk mereka selepas Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3).
Pada peringkat ini, pihak sekolah perlu mengenalpasti pelajar yang
berpotensi untuk diserapkan ke kelas perdagangan semasa ke Tingkatan 4 dan 5.
“Namun begitu, stigma negatif masyarakat khususnya ibu bapa terhadap
aliran sastera yang meliputi subjek perdagangan sering kali berlaku.
Sehinggakan aliran ini menjadi ‘kelas kedua’ selepas aliran sains di kebanyakan
sekolah,” katanya.
Oleh itu, tindakan holistik perlu dilakukan KPM dalam memastikan mata
pelajaran ini menjadi pilihan pelajar untuk dijadikan bidang utama mereka.
Keadaan ini perlu kerana selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) para pelajar berpeluang untuk terus memilih kursus perniagaan di institut
pengajian tinggi sekaligus memberi kesedaran kepada mereka bahawa bidang
perniagaan yang bakal diceburi akan memberi peluang cerah untuk meraih
pendapatan yang lebih meluas.
Namun sekiranya golongan muda terus bersikap yang mereka berada di zon
selesa, ianya adalah satu pemikiran cetek apabila warga asing terus memonopoli
beberapa sektor utama seperti pembinaan, pertanian dan perkilangan di negara
ini.
“Ramai yang mengatakan bahawa Melayu adalah kaum yang tidak bijak
mencari peluang malah mengaitkan beberapa industri di negara ini telah dikuasai
oleh warga asing ada benarnya.
“Oleh itu, pada tahun baharu 2019 ini diharapkan rakyat Malaysia perlu
aktif mencari peluang yang ada khususnya dalam bidang perniagaan untuk
memastikan kemajuan diri serta keluarga,” tambah beliau.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests