Oleh: Mohd Fadhli OthmanIbu bapa perlu memantau aktiviti seharian anak-anak mereka supaya tidak terlampau bergantung kepada gajet. – Gambar hiasan
MUTAKHIR ini berita tentang jenayah seksual sering terpampang di media massa. Jenayah ini seolah-olah telah mengalami normalisasi dalam masyarakat dan dibaca sepintas lalu tanpa meninggalkan kesan mendalam seperti kerisauan dan kebimbangan.
Baru-baru ini
kita dikejutkan dengan satu kes di mana dua remaja adik beradik berusia 16 dan
14 tahun telah melakukan sumbang mahram sejak dua tahun lalu. Bayangkan dalam
usia awal remaja mereka telah terlibat dengan perkara yang merosakkan akhlak,
sedangkan perjalanan kehidupan masih jauh untuk ditempuh.
Kes di atas
hanyalah satu daripada masalah sosial dalam kalangan remaja kita yang terdedah
kepada pelbagai bentuk keruntuhan moral dalam dunia tanpa sempadan ini.
Banyak punca dapat
dikenalpasti mendorong kes seperti ini berlaku. Salah satunya ialah lambakan
bahan lucah atau pornografi yang sangat mudah dicapai. Jika sebelum ini bahan
pornografi sangat sukar didapati secara terbuka iaitu dengan membeli cakera
padat (CD) contohnya, kini ia boleh dinikmati melalui talian di telefon pintar.
Pendek kata, bahan pornografi hanya di hujung jari.
Apatah lagi anak-anak
hari ini telah pun terdedah dengan penggunaan media sosial sejak usia seawal 7
tahun lagi. Kebanyakan dari mereka tidak lekang dari gajet masing-masing, di
mana dan waktu mana jua. Mereka bebas melakukan carian pornografi dalam bentuk
visual atau bahan bacaan.
Hal ini demikian
kerana terdapat segelintir ibu bapa hari ini mencari jalan mudah dalam mengawal
anak mereka dengan hanya memberi gajet tanpa kawalan dan urus selia yang baik. Lama-kelamaan
ia menjadi satu jalan keluar kepada para ibu-bapa dalam menangani kerenah anak
mereka.
Walaupun masalah
ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada golongan ibu bapa, namun sebagai
orang terdekat dengan anak-anak, mereka perlulah menjadi orang pertama yang mendidik
dan mengawal selia amanah mereka supaya bijaksana menggunakan teknologi yang
ada.
Pornografi dalam
kalangan anak-anak hari ini menjadi seperti virus, menyerap halus ke dalam
masyrakat tetapi kesannya sangat ketara. Ia umpama dadah dan sihir yang tidak
nampak dek mata kasar, namun dapat dikesan akhirnya setelah berlaku perubahan
tingkah laku.
Oleh kerana itu,
masyarakat hari ini terutama ibu bapa sepatutnya lebih rajin menambah ilmu
dalam kaedah mengurus masalah seperti ini. Terdapat banyak program anjuran bagi
menangani masalah sosial yang semakin membarah ini.
Salah satu daripadanya
ialah Seminar Goodbye Pornography anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) bagi memberi pencerahan dan didikan kepada ibu bapa dalam membentuk
generasi yang berkualiti dan berjati diri menghadapi arus globalisasi yang kian
membimbangkan.
*MOHD FADHLI OTHMAN adalah penceramah dan penyedia Modul “Goodbye Pornography Speaker” dan pelatih Kesedaran Pendidikan Seks.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked