DOKTOR DIDAKWA HASILKAN PORNOGRAFI, AMANG SEKSUAL TERHADAP PESAKIT KANAK-KANAK
Menurut pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di Kuantan, Pahang didapati menghasilkan pornografi dalam bentuk gambar terhadap lima pesakit perempuannya yang berusia lingkungan 7 hingga 11 tahun ketika merawat mangsa di Hospital Kemaman.
Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, (tengah) memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. — fotoBERNAMA
CHUKAI: Seorang doktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan menghasilkan pornografi dan melakukan amang seksual sewaktu merawat enam pesakit kanak-kanaknya pada Disember 2022 hingga 26 Jan 2023.
Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Menurut pertuduhan, tertuduh yang kini bertugas di sebuah hospital kerajaan di Kuantan, Pahang didapati menghasilkan pornografi dalam bentuk gambar terhadap lima pesakit perempuannya yang berusia lingkungan 7 hingga 11 tahun ketika merawat mangsa di Hospital Kemaman, di sini.
Dr Anas melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.
Tertuduh juga didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pesakit kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun bagi maksud seksual pada 8 Feb tahun lepas di hospital sama antara 5.45 petang hingga 6.40 petang.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (a) AKKSTK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Ia juga dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang membolehkan tertuduh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan jika disabitkan bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali ketika prosiding memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Faizal Rahman yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah kerana keseluruhan RM120,000 merupakan jumlah yang besar untuk tertuduh yang baru sahaja empat tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.
Hakim Wan Suhaila kemudiannya membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan meluluskan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan selain mengarahkannya melapor diri pada setiap 1 hari bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dibicarakan.
Sementara itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya yang dilakukan di dalam dewan bedah di hospital sama antara 7.30 pagi hingga 10 pagi pada 1 Nov 2022.
Dia dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Majistret Sharifah Armida Shasha Amir membenarkan tertuduh dijamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan mengarahkannya untuk tidak mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Mac depan untuk serahan dokumen oleh pasukan pendakwaan dan kakak tertuduh yang hadir ke prosiding berkenaan kemudiannya melunaskan bayaran jaminan tersebut. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.