Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK KEPADA ISRAEL – SAIFUDDIN

DALAM NEGARA

TIDAK KEPADA ISRAEL – SAIFUDDIN

Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA, 17 Januari – Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berganjak dari pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019 di Kuching, Sarawak.

Al-Quds Foundation Malaysia melaporkan tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan itu mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang terus memberi tekanan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Kejohanan itu dilihat sebagaiplatform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga Israel,” kata Menteri Luar Dato’ Saifuddin Abdullah.

Pada mesyuarat kabinet dua minggulepas, beliau berkata jemaah menteri juga memutuskan wakil Israel tidakdibenarkan masuk ke Malaysia untuk menghadiri sebarang acara dan program.


Dato’ Saifuddin Abdullah menerima memorandum daripada
Pengerusi Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail

“Keputusan kabinet dua minggu lepasmenunjukkan pendirian tegas kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang mediaselepas menerima memorandum daripada 43 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yangmenyokong pembebasan Palestin di Wisma Putra di Putrajaya.

Sebelum itu, Saifuddin menerima memorandum daripada salah satu NGO Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini.

Karikatur dari Arabi21 News dengan tajuk ‘Malaysia melarang kemasukan atlet Israel’


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading