Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN SALUR RM10,000 UNTUK KELUARGA MANGSA NAHAS HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS

DALAM NEGARA

KERAJAAN SALUR RM10,000 UNTUK KELUARGA MANGSA NAHAS HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan tersebut sebagai meringankan beban yang ditanggung keluarga-keluarga mangsa terlibat.

“Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudahkan orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lembaga Siasatan (Board of Inquiry) yang ditubuhkan telah diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota TLDM atas tragedi dua buah helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April 2024.

“Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan sepuluh wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading