Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPORAN INTERIM TRAGEDI HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS SIAP DALAM TEMPOH DUA MINGGU

DALAM NEGARA

LAPORAN INTERIM TRAGEDI HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS SIAP DALAM TEMPOH DUA MINGGU

Bangkai pesawat helikopter yang terhempas dalam satu insiden di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. – Bernama

PUTRAJAYA: Laporan interim mengenai tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak semalam akan siap dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata komitmen itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Mesyuarat hari ini bermula dengan perbincangan yang agak mendalam mengenai tragedi helikopter TLDM yang berlaku semalam.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengutuskan takziah dan Menteri Pertahanan beri komitmen bahawa laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu manakala laporan penuh akan diterbitkan atau disediakan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata pengumuman bantuan kepada waris mangsa sebagaimana dipersetujui Jemaah Menteri dijangka dimaklumkan Mohamed Khaled hari ini.

“Saya pohon rakan-rakan media untuk rujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Insya-Allah hari ini jika bukan petang ini,” katanya.

Dalam tragedi pada 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading