KERAJAAN SEDIAKAN PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK WARGA PALESTIN DI MALAYSIA
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia pada 16 Ogos lepas bagi menerima rawatan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia pada 16 Ogos lepas bagi menerima rawatan.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pas itu untuk membolehkan mereka mempunyai dokumen sah semasa menetap di Malaysia sebelum dihantar pulang ke negara asal.
“Pemberian pas lawatan sosial jangka panjang ini sama seperti program kemanusiaan untuk Syria, Sudan dan Yaman yang pernah dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan Malaysia.
“Selain itu, Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur juga sedang memproses permohonan pasport dengan pihak berkuasa di Ramallah bagi rakyat Palestin yang memerlukan dan dijangka siap pada pertengahan Disember ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai perkembangan status terkini 41 pesakit rakyat Palestin bersama 86 waris yang dibawa dari Mesir untuk mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan.
Adly berkata daripada keseluruhan pesakit yang dibawa seramai 40 orang selesai menerima rawatan dan dipindahkan ke Wisma Transit di Kuala Lumpur untuk menginap sementara bersama waris masing-masing manakala seorang pesakit masih meneruskan rawatan dialisis di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Beliau berkata kesemua hanya akan dihantar pulang selepas gencatan senjata antara Palestin-Israel berjaya dicapai dan keadaan di negara mereka kembali aman serta selamat.
“Memandangkan situasi keselamatan semasa di Palestin, khususnya di Gaza masih belum selamat, kerajaan Malaysia dengan sokongan NGO iaitu Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) akan meneruskan misi kemanusiaan termasuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked