PASCABANJIR : MANGSA BANJIR DI KELANTAN MULA BERSIHKAN RUMAH, CUACA CERAH
Keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah Merah, untuk pulang membersihkan rumah masing-masing.
TANAH MERAH: Keadaan banjir mula surut dan cuaca cerah sejak semalam memberi peluang kepada mangsa banjir di Tanah Merah, untuk pulang membersihkan rumah masing-masing.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kampung seperti Kampung Padang Kijang, Kampung Manal, Kampung Bukit Kecik, Kampung Kuala Kepok yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir, kini penduduk mula kelihatan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.
Seorang mangsa banjir dari Kampung Padang Kijang Azree Awang, 44, berkata dia dan isterinya Norizam Mat, 42, mengambil peluang untuk membersihkan rumah selepas air banjir mula surut.
“Air banjir surut dan cuaca cerah sejak semalam membolehkan saya pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Awam Padang Kijang untuk membersihkan rumah dan peralatan lain.
“Alhamdullilah, paras air turun cepat, sebelum ini paras air naik sehingga hampir tiga meter di rumah saya menyebabkan banyak barangan tidak sempat di selamatkan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Azree berkata kesan daripada banjir itu, dia kerugian ribuan ringgit akibat banyak barangan rosak dan musnah.
“Sedih melihat banyak barangan yang tidak dapat diselamatkan musnah, banjir tahun ini luar jangkaan kerana kebanyakan barangan dipindah di tingkat atas rumah yang dibina setinggi tiga meter,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zai Hanafi, 58, dari Kampung Kuala Kepok berkata sejak semalam, rata-rata penduduk di kampung terbabit pulang ke rumah untuk membersihkan rumah masing-masing selepas air mula surut.
“Saya bersama isteri Nur Asiyikin Ismail dan anak-anak sudah dua hari membersikan rumah, basuh pakaian dan barangan rumah lain yang rosak.
“Banyak perabot, barangan elektrik, tilam rosak kerana banjir naik minggu lepas setinggi paras dada dalam rumah, menyebabkan saya terpaksa berpindah ke PPS,” katanya.
Sementara itu, di Kota Bharu tinjauan Bernama mendapati beberapa penduduk di Kampung Sri Kulim dan Kampung Padang Raja, Melor, di sini, mula membersihkan kawasan rumah pascabanjir yang ditenggelami air serta selut melibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik.
Bagaimanapun, air masih ada pada paras hampir satu meter di laluan masuk ke kampung berkenaan dan penduduk perlu berikhtiar menggunakan jalan alternatif bagi melaksanakan aktiviti pembersihan.
Mangsa banjir Rahalim Ismail, 61, berkata rumahnya ditenggelami air sedalam lebih dua meter pada Rabu dan Khamis, menyebabkan banyak kerugian dialami.
“Banjir kali ini saya menganggarkan kerugian RM5,000, berikutan kami sekeluarga baru meniaga nasi petang hingga malam di hadapan rumah, jadi banyak barang dan peralatan niaga rosak termasuk dapur gas serta periuk elektrik.
“Rumah ini dua tingkat dan kami sudah mengemas barang-barang penting di tingkat atas, tetapi perabot seperti sofa serta almari sentiasa kena ganti baru setiap tahun selepas banjir,” katanya yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, di sini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked