Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebaik tiba bagi menyerahkan replika cek bagi projek menaiktaraf Masjid At-Taqwa Mukim Alor Pasir sempena lawatan kerja sehari beliau di Kelantan hari ini. – Bernama
TUMPAT: Kerajaan tidak menafikan hak rakyat di Kelantan walaupun ia adalah negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata biarpun terdapat perbezaan politik, namun rundingan dan perbincangan sentiasa dilakukan bagi memberi peruntukan terutama dalam soal keagamaan dan kebajikan.
“Rundingan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat.
“Apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang dalam penjara, walaupun itu sudah saya lalui, jadi sekarang ini kena runding molek-molek apa yang boleh diselesaikan, kita selesaikan, jangan membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini, hari ini.
Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan peruntukan RM7.76 juta untuk projek menyiapkan Masjid At-Takwa Alor Pasir.
Anwar berkata Kelantan menjadi antara negeri menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan MADANI.
“Isu bekalan air dan banjir turut diutamakan kerana ia melibatkan rakyat, malah peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.
“Dalam Belanjawan MADANI, semua projek diteruskan antaranya tadahan air, naik taraf jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok,” katanya.
Belliau berkata selain itu keperluan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) yang pernah dihentikan pada 1999 akan dikaji semula tanpa memilih mana-mana kelompok dan biar sama rata kerana menurutnya institusi itu ada peranannya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked