Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM WANITA TULAR HINA ANGGOTA POLIS DITAHAN

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM WANITA TULAR HINA ANGGOTA POLIS DITAHAN

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam wanita yang tular dalam satu klip video menghina anggota polis Khamis lepas, telah ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata wanita berusia 35 tahun itu ditahan oleh Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di IPD berkenaan pada 1.20 pagi berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya.

Beliau berkata wanita itu dipanggil kali pertama ke IPD Gombak semalam berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lepas dan hari ini suspek terus ditahan selepas sekali lagi hadir di IPD sama.

“Polis merampas satu telefon bimbit untuk membantu siasatan berkait Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek akan diberi jamin selepas siasatan lengkap dijalankan memandangkan terdapat laporan polis lain yang dibuat melibatkan suspek yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu lagi klip video membabitkan wanita berkenaan yang bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini.

Dalam klip video itu, suspek dilihat turut merakam orang awam berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan cuba mencetuskan provokasi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading