KES BAHARU COVID-19 MENGHAMPIRI LIMA ANGKA

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 5 Februari 2022 adalah 9,117 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes.

Ujar beliau, maklumat terperinci berkenaan kes COVID-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes harian dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari dan minggu.

Beliau menyarankan orang ramai untuk mengambil dos penggalak COVID-19 dengan kadar segera. – AlHijrah Online

Leave a Reply