Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAYAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

UTAMA

RAYAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

Gambar AFP

MAGHRIBI: Kanak-kanak lima tahun yang terperangkap di dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen, Maghribi sejak Selasa disahkan telah meninggal dunia.

Menurut laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Istana Diraja Maghribi, Rayan Awram telah meninggal dunia sebelum berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.

Kenyataan itu menyusul selepas kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.

Raja Maghribi Raja Mohammed VI dilapor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Misi menyelamat Rayan yang terjatuh di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter itu mendapat perhatian dunia dan orang ramai menitipkan doa agar mangsa dapat diselamatkan.

Kejadian dikatakan bermula apabila mangsa dilaporkan hilang ketika bermain. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Meninggal Dunia Selepas Diselamatkan, Ini Kronologi Tragedi Adik Rayan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading