Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES COVID-19 DI ARAB SAUDI MENINGKAT PANTAS DISEBABKAN OMICRON

DUNIA

KES COVID-19 DI ARAB SAUDI MENINGKAT PANTAS DISEBABKAN OMICRON

Sumber Gambar: AFP

JEDDAH: Penularan virus COVID-19 varian Omicron di Arab Saudi meningkat pantas selepas berlakunya jangkitan lebih dua kali ganda dalam tempoh seminggu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Saudi Dr Mohammed Al-Abd Al-Aly berkata, lonjakan kes COVID-19 turut berlaku di serata dunia termasuk Arab Saudi.

Beliau menekankan kepentingan menerima vaksin serta suntikan dos penggalak di samping menggalakkan kanak-kanak yang layak mendapatkan vaksin untuk tampil berbuat demikian.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun untuk menerima vaksin COVID-19.

Pemberian vaksin itu akan mengutamakan kepada kanak-kanak yang berisiko tinggi serta terdedah terhadap virus.

Dalam masa yang sama, jurucakap Kementerian Perdagangan Arab Saudi Abdulrahman Al-Hussain mengumumkan langkah diperlukan bagi perniagaan komersial membantu menangani dan mengawal penularan COVID-19.

Antara langkah yang perlu dilakukan antaranya perniagaan komersial dikehendaki melaksanakan kod bar untuk pelanggan mengimbas pada aplikasi Tawakkalna yang diluluskan kerajaan.

Abdulrahman juga menekankan kepentingan untuk semua perniagaan komersial kecil menyemak status vaksinasi pelanggan melalui aplikasi.

Beliau turut memaklumkan bermula Februari 2022, rakyat Arab Saudi tidak dibenarkan memasuki perniagaan komersial tanpa menunjukkan bukti suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading