KES SITI BAINUN: BELLA HADIR KE MAHKAMAH UNTUK SESI PENGECAMAN
Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya.
KUALA LUMPUR: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah, selain Bella terdapat lima lagi individu berumur antara tiga hingga 17 tahun hadir ke mahkamah bagi sesi pengecaman itu.
“Mereka hadir hari ini untuk sesi pengecaman,” katanya sebelum perbicaraan kes Siti Bainun bermula.
Sebelum ini, kesemua mereka berada di bawah jagaan Siti Bainun di rumah perlindungan berkenaan.
Sesi pengecaman itu akan dilakukan oleh tiga saksi iaitu pembantu pengurus syarikat Zurianty Sudin, 39, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dan pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40.
Bella dibawa memasuki bilik saksi pada 9.50 pagi oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disambut oleh peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Terdahulu, Bella tiba di mahkamah dengan bertudung dan berkemeja berwarna biru serta seluar hitam sambil menunjukkan ‘mini love’ kepada jurugambar.
Sementara itu, Khairul Anwar ketika ditemui pemberita berkata pasukan peguam pemerhati menyambut Bella dan remaja itu berada dalam keadaan sihat.
“Diharap keadaan anakanda Bella kekal stabil sehingga selesai prosiding hari ini terutama ketika proses pengecaman saksi sebentar lagi.
“Pihak peguam pemerhati merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada JKM kerana telah melindungi dan menjaga anakanda Bella sehingga kembali sihat,” katanya.
Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes itu dan hari ini Suhana, yang juga saksi pendakwaan kelapan akan menyambung keterangannya.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.