Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA PENGARANG SINAR HARIAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KETUA PENGARANG SINAR HARIAN MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub mengesahkan Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham Datuk Baharom menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

“Hari ini SinarHarian terpaksa merelakan sebuah lagi kepergian. Semoga Allahyarham Dato Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana.”

Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf

Dalam Twitternya juga jam 10.31 malam tadi, Datuk Hussamuddin ada mengeluarkan catatan yang memberi gambaran bahawa status kesihatan rakan seperjuangannya itu mula merosot .

Manakala kumpulan-kumpulan Whatsapp pengamal media juga telah dipanjangkan tentang status kesihatan Allahyarham sejak malam tadi.

Tweet terkini Hussamuddin jam 7.35 pagi hari ini

Allahyarham Datuk Baharom amat dikenali ramai khususnya dalam kalangan pengamal media sebagai individu yang disenangi ramai selain mudah mesra. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading