Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID DI KELANTAN ADAKAN SOLAT HAJAT SELAMA 40 MALAM

DALAM NEGARA

MASJID DI KELANTAN ADAKAN SOLAT HAJAT SELAMA 40 MALAM

GAMBAR ARKIB

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memperkenan agar masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh negeri itu mengadakan solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula hari ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, arahan berkenaan dikecualikan kepada masjid-masjid yang terletak di kawasan-kawasan yang telah disahkan terdapat kluster COVID-19.

“Berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan sejak akhir-akhir ini, maka pihak MAIK telah memutuskan agar solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat tersebut diadakan selama 40 malam bermula 1 Rabiul Akhir 1442 bersamaan 17 November 2020.

“Dimaklumkan juga bahawa majlis akad nikah yang diadakan di masjid-masjid hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak lebih dari 20 orang sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mendoakan agar segala usaha dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh Allah SWT dan wabak COVID-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading